Sunday, 22 May 2016

Tarikh : 22 Mei 2016 ( Ahad )

Tempat : MS Garden Hotel Kuantan.

Masa : 10.00 pagi

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi.

2. Mengesahkan minit mesyuarat Bil. 1/2016.

3. Pembentangan perihal perlembagaan persatuan catur negeri oleh Setiausaha Agung Persatuan Catur Malaysia En. Gregory Lau.

4. Pembentangan dan cadangan pembangunan catur negeri Pahang oleh fasilitator catur negeri National Master Mohd Kamal Abdullah.

5. Pembentangan kertas kerja aktiviti/program catur peringkat daerah oleh perwakilan-perwakilan daerah.

6. Pembentangan kertas kerja Kejohanan Peringkat Umur Negeri Pahang ( Pahang Age Group ) tahun 2017 oleh En. Mohamad Fadzal bin Abdul Hamid.

7. Hal-hal lain.
- Malaysia National Age Group ( NAG ) 2017 di Pahang.
- Persiapan Kontigen Catur MSSM Pahang tahun 2016.

Antara yang hadir adalah Mr Greg wakil dari MCF yang telah banyak membantu dalam merealisasikan impian PCP. Turut hadir National Master Mohd Kamal Abdullah, yang diberi kepercayaan oleh PCP untuk membimbing bakat-bakat yang ada di Pahang.

PCP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa hadir dalam mesyuarat pada hari ini. Jelas sekali semangat catur masih mantap dan semangat berpersatuan semakin kuat. Bukan tugas yang mudah dan dapat dicapai sekelip mata tetapi langkah pertama telah kita mulai. Langkah seterusnya akan menyusuli. InsyaAllah.











Tuesday, 17 May 2016

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP)

Kejohanan catur PSKPP sempena Hari Guru Daerah Maran 2016 telah diadakan di SMK Desa Jaya Bandar Pusat Jengka pada 17/5/2016. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Catur Pahang, Puan Hamidah dan Encik Asman. Manakala acara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tok Muda Tengku Dato' Hj Mohd Mustaffa bin Tengku Hj Ibrahim, DIMP .,SIMP ., AMP. dan Encik Rosseli bin Hamzah. PCP mengucapkan tahniah kepada wakil daerah Maran atas usaha gigih dalam menganjurkan kejohanan catur ini. Sekaligus menghidupkan kembali sukan catur di daerah tersebut.