Saturday, 30 April 2016

Program Karnival Matematik Petrosains Playsmart Kuantan



Telah berlangsung Program Karnival Matematik Petrosains Playsmart Kuantan. Pihak penganjur telah menjemput Persatuan Catur Negeri Pahang (PCP) untuk mengambil bahagian di dalam program ini.

Tujuan utama adalah membuka peluang bagi PCP untuk mendekati masyarakat khususnya golongan pelajar dan seterusnya mempromosi sukan catur sebagai satu aktiviti permainan yang boleh membantu para pelajar menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Untuk memenuhi matlamat ini, PCP telah menjemput NM Kamal Abdullah untuk mengendalikan bengkel yang dijalankan selama 3 hari itu. PCP mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian NM Kamal yang telah memberi komitmen yang sangat tinggi. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir ke karnival tersebut,

Tarikh : 22 - 24 April 2016 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Petrosains Playsmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur, Kuantan


Objektif Program Karnival Matematik Petrosains Playsmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang adalah seperti berikut :


  • menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
  • mempelajari matematik dalam persekitaran yang menyeronokkan & berkonsep pendekatan inkuiri melalui aktiviti 'hands-on'.
  • bidang matematik & hubung-kait aplikasi matematik di dalam kehidupan seharian.




 








Sunday, 17 April 2016

Perlantikan Perwakilan Daerah

Senarai wakil Persatuan Catur Negeri Pahang (PCP) bagi setiap daerah :


  1. Encik Mohd Yusnizam bin Mohamad - Pekan
  2. Puan Sharifah Noraniza binti Syed Mahamud - Pekan
  3. Encik Safri bin Abdul Razak - Rompin
  4. Encik Muhamad bin Deraman - Rompin
  5. Encik Huzairi bin Husin - Rompin
  6. Encik Muhamad Haris Imran bin Jamaludin - Maran
  7. Encik Sabri bin Hassan - Maran
  8. Puan Yushairani binti Kamarudin - Lipis
  9. Encik Bokhari bin Ulud - Lipis
  10. Encik Mohamad Faizal bin Haji Abdul Hamid - Temerloh
  11. Encik Syed Ahmad Tajudin bin Syed Ibrahim - Bera
  12. Encik Ahmad Fahmi - Bentong





Post Mortem Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016

Telah berlangsung mesyuarat post mortem bagi Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016. Segala kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti. Presiden PCP berterima kasih atas kerjasama diberikan oleh semua pihak secara langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan kejohanan ini. 

PCP juga telah melantik seorang peguam bagi memantau perjalanan PCP dari segi undang2.





Thursday, 7 April 2016

Wednesday, 6 April 2016

Ahli Jawatankuasa Persatuan





Majlis Perasmian Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016


Ucapan aluan daripada Pengerusi Persatuan Catur Negeri Pahang, Puan Hamidah.






Ucapan aluan daripada President MCF, Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib.





Ucapan Perasmian daripada KDYTM Tengku Mahkota Pahang.





Penyerahan cenderahati kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang sebagai kenang-kenangan.



Monday, 4 April 2016

Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016

Semalam berakhirlah sudah Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016 yang berlangsung selama 2 hari dari 2-3 April 2016 7 pusingan, kawalan masa 1 jam hingga tamat. Ia merupakan saat bersejarah dalam pengembangan catur di Pahang.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuada PCDK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan kali ini bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat semua ahli jawatankuasa PCDK, kejayaan semalam adalah kejayaan kita semua dengan terdiri daripada pasukan yang sangat baik.

PCDK mengucapkan terima kasih kepada MCF yang telah memberi kerjasama bagi memudahkan dan melancarkan segala urusan kejohanan kali ini terutamanya kepada wakil MCF, Gregory Lau. Terima kasih juga kepada President MCF, Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib yang turut hadir bagi memeriahkan kejohanan.

Ribuan terima kasih kepada Encik Hamid, yang telah menjadi chief arbiter dan juga kepada semua arbiter yang terlibat. Turut membantu bagi memudahkan kerja para arbiter, helpers dari Sekolah Menengah Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) yang dipimpin oleh Cikgu Abdullah.

Turut memberi sumbangan yang begitu impak kepada kejohanan kali ini, terima kasih kepada para penaja iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Menteri Besar Pahang, Aras Kuasa Sdn. Bhd. Newwin Sdn. Bhd, M.S. Garden Hotel Kuantan, Alisan Baru Sdn. Bhd, Exco Sukan Pahang (Dato Johari), Exco Pelancongan, Rayhar Sdn. Bhd, YP Maintenancae Sdn. Bhd, Honest Sam Development Sdn. Bhd, HLK Engineering Sdn. Bhd, Golden Prosperous Resources Sdn. Bhd, Kerjaya Kibar Sdn. Bhd, dan Yayasan Pahang.

We are also thankful to those participants who came from Philippines and Indonesia for your participation and support for this tournament. Hope to see you again in the next tournament.

Dan terakhir sekali, PCDK mengucapkan terima kasih kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Menteri Besar Pahang dan semua pembesar negeri pahang yang turut hadir bagi menyokong kejohanan kami pada kali ini.

Semoga dengan adanya Tengku Mahkota Pahang selaku penaung Persatuan Catur Negeri Pahang, dapat mengangkat dan memberi era baru dalam perkembangan catur di negeri Pahang.

Dan kepada semua peminat catur di Malaysia, insyaAllah dengan tertubuhnya Persatuan Catur Negeri Pahang, kami akan cuba sedaya upaya untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan yang berprestij seperti ini.


Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang





Keputusan Penuh Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016

Tahniah kepada para pemenang!!

Keputusan penuh:
Kategori Open
Kategori Challenger
Kategori Under 12

Senarai Penerima Hadiah:-

OPEN
CHALLENGER
BAWAH 12
JOHAN
NAIB JOHAN
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
BEST LADY
-
BEST U18
-
BEST PAHANG
BEST PCDK
-
VETERAN
-
BEST U8
-
-
BEST U6
-
-

Rebut Peluang Jadi Jaguh Catur

Tengku Abdullah (berdiri, kiri) melihat peserta yang bersaing mengikut kategori masing-masing pada kejohanan disertai lebih 400 pemain catur dalam dan luar negara.


KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu setiap pemain catur khususnya di negeri ini merebut peluang menjadi jaguh catur negara yang pertama menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Baginda bertitah, penganjuran Kejohanan Catur Terbuka Pahang buat julung kalinya menjadi paltform mencungkil bakat baharu selain mengasah kemahiran pemain berpengalaman.

Tengku Abdullah berkata, Pahang mempunyai jaguh catur tersendiri yang memberi saingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kita berharap kejohanan ini bakal melahirkan jaguh catur negara pertama yang menempa kejuaraan di kejohanan luar negara sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Tengku Abdullah bertitah, catur bukan sahaja menggambarkan satu permainan tetapi satu seni dan satu sains.

“Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak keran suatu ‘seni mempertahankan diri’ menggunakan minda dan mengajar kita strategi serta kebijaksanaan dalam merancang seterusnya melaksanakan,” titah baginda ketika menyempurnakan majlis perasmian Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang di MS Garden.

Pada majlis itu, Hadiah Tunas Harapan turut disampaikan kepada lima pemain catur remaja Pahang berpotensi dan pemain yang mencipta nama di peringkat kebangsaan serta pernah mewakili negara ke kejohanan antarabangsa.

Tengku Abdullah berkata, sejarah catur menjangkau kira-kira 1,500 tahun lalu bermula di India malah perkataan catur itu berasal dari perkataan ‘chaturanga’ yang bermaksud ‘empat bahagian ketenteraan’.

“Permainan catur mampu menerapkan sikap positif dalam golongan muda agar terus mengamalkan nilai murni bagi membentuk generasi bangsa berilmu,” titah baginda.

sumber : sinar harian