Thursday, 17 March 2016

Pengesahan Pendaftaran & Bayaran Yuran Kejohanan Catur Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang 2016


Perhatian!!

Kelayakkan untuk kategori Challenger hanyalah kepada mereka yang mempunyai rating (national/fide) di bawah 1650 sahaja. Para peserta yang telah mendaftar tetapi mempunyai rating fide yang tinggi walaupun national rating rendah secara automatik akan dimasukkan ke kategori Open. Sila hubungi/wasapp ke 0129891734 jika ada kemusykilan.

Mohon kerjasama semua peserta dan pengiring, terutamanya pada tarikh 2 April 2016 nanti, pihak penganjur mengharapkan agar semua dapat berpakaian kemas dan bersesuaian dengan etika pemakaian dan penampilan yang sopan untuk memastikan tiada halangan untuk memasuki dewan semasa upacara perasmian berlangsung yang akan disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Untuk memastikan pengesahan pendaftaran anda berjaya, sila semak link https://docs.google.com/spreadsheets/d/1a9wdHZp2xUrYVgICvLU_8lVtGBtUj_94CFADzoCYc-s/edit?usp=sharing untuk melihat senarai yang telah mendaftar.

Untuk makluman, peserta yang telah membuat pembayaran ke akaun PCDK dan menghantar bukti bank in/transfer (wassap to 012-9891734), nama anda akan di 'highlight' dengan warna hijau menandakan pembayaran anda telah diterima.

Jika ada peserta yang belum membuat pembayaran ke akaun PCDK (Maybank 556169239979), silalah berbuat demikian sebelum atau pada 26 Mac 2016 sebelum jam 12:00 tengahari . Nama-nama yang telah mendaftar tetapi gagal menyelesaikan pembayaran yuran penyertaan (Open RM50/RM100, Challenger RM20, Under 12 RM10), nama anda akan dibuang dalam senarai pemain yang berdaftar.

Sila ambil maklum. Kerjasama semua amatlah diharapkan untuk memastikan pengurusan dan pengendalian pendaftaran berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Razman MM
0129891734
Urusetia Pendaftaran Pemain





No comments:

Post a Comment