Tuesday, 19 May 2015

SPARRING DENGAN PEMAIN MAKSAK

Info:
Sesiapa yang berkelapangan dijemput untuk sparring catur dengan player2 maksak 

Tarikh: Khamis 21 mei

Masa: 8 pagi -5 petang

Tempat :Rumah Maksak (Sebelah hotel seri malaysia)
Para otai catur beradu minda di Taman Tas

OPENING DIHAFAL SAHAJA?

OPENING merupakan perkara penting dalam catur,bahkan para GM  menghabiskan masa berjam-jam untuk studi opening,variasi dan pergerakan baru dipanggil novelty.Namun,di Malaysia kita dapati opening dipelajari begitu sahaja,dan apa yang dititikberatkan ialah middle dan endgame.Benar,"no ending to endgame" tetapi bagaimana kita dapat sampai ke ending tanpa advantage ataupun kita sekadar bagi buah equal,exchange Queen dan gamble di endgame dengan harapan lawan kita tidak pandai atau buat kesilapan?

IM JIMMY LIEW di dalam bukunya yang pertama "Chess Malaysia" mengatakan bahwa satu senario di Malaysia ialah mereka rasakan opening benda yang mudah,namun apabila bermain diperingkat yang lebih tinggi iaitu dengan negara lain,mereka sudah tumpas dari opening lagi.Walaupun buku itu ditulis tahun 80 an,namun ia masih relevan,Secara ringkasnya,kalau di Malaysia,memang lepas,tapi kalau wakil negara,tak lepas.National Master,FM,IM yang ada dinegara kita ini sudah tentu mempunyai pengetahuan opening yang bagus.

Namun,adakah ia sekadar di hafal dan dimuntahkan di papan catur?Hafal dan faham adalah cara terbaik,,kerana jika tidak,apabila lawan keluar dari apa yang kita hafal,kita tidak tahu bagaimana hendak memikirkan gerakan seterusnya.Setiap gerakan catur ada  logiknya..Contoh apabila gerak e4,kita mahu mengawal center kerana prinsip" siapa control tengah dia akan kawal permainanan".Apabila Hitam balas c5 contohnya,ia tidak ketinggalan mahu kawal tengah..perjuangan diteruskan Nf3 ,develop buah dan teruskan kawalan,Hitam terus melawan,kali ini dia memilih d6..

Jadi,pemahaman opening amat penting atau kita akan "walking into opponent's trap".Atau,tanpa kita sedari,pihak lawan akan hanya dapat sedikit advantage,tetapi dia hold advantage sehingga ke posisi menang walaupun buah sama.Oleh itu,faham dan dalami opening,gunakan logik,dan perlu pandai manipulasi lawan yang keluar dari opening untuk cari "advantage" dan gunakan sedikit demi sedikit untuk hold sehingga lawan tersiksa.Kalau tidak,lawan akan mampu bernafas kembali dan kita akan kepenatan kerana lepaskan advantage begitu sahaja.

Mungkin cara kita belum sampai kepada cara GM,tetapi sekurang-kurangnya,berfikir cara seorang NM!!

Oleh:Hanif Abas 19.5.15 rating national 1742

Monday, 18 May 2015

KEJOHANAN CATUR DI SANA SINI

  24 MEI

# OPEN
#REVOC CHESS GENIUS SEMPENA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA
#2 KATEGORI (TERBUKA DAN BAWAH 18 TAHUN)
# LAYARI www.revocchess.blogspot.com

30 MEI

#OPEN
#GMI OPEN CHESS TOURNAMENT DI GMI BANGI
#3 KATEGORI (TERBUKA / BAWAH 17 TAHUN/BAWAH 12 TAHUN)
#SILA LAYARI www.gmichess.blogspot.com

13 JUN

#TERBUKA UNTUK NOVIS
#KEJOHANAN CATUR PIALA STONEMASTER DI SHAH ALAM
#LAYARI www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com

14 JUN

#TERBUKA UNTUK AMATUR
#KEJOHANAN CATUR SABAK 2015 DI SUNGAI BESAR,SABAK BERNAM
#LAYARI www.catursabakbernam.blogspot.com