Tuesday, 29 December 2015

KEJOHANAN CATUR RAPID TERBUKA DE RHU -PCDK 2016

PCDK datang lagi,membuka tirai tahun 2016 dengan kejohanan rapid,di resort indah tepi pantai,dengan hadiah-hadiah yang lumayan.Apa lagi .sertai kejohanan ini,Ada kategori terbuka, bawah 18 dan bawah 12.
Pendaftaran atas talian :
http://bit.ly/catur2016

Monday, 2 November 2015

Mesyuarat AJK PCDK KALI KE 2

Mesyuarat AJK PCDK kali ke-2 bertempat di UTC Kuantan,pada 1 November 2015 bermula jam 2.30 telah dapat menghimpunkan 8 orang,berbincang tentang pertandingan catur anjuran PCDK sendiri,dan Insya Allah, ada dua tournament pada bulan 12 dan 1 akan berlangsung.Pengumuman rasmi akan dibuat oleh admin di sini.

Didalam gambar : Dr Ayib,En, Hairudin,En Kamal Azmi,En Asman,En Jono,En Adib,cikgu Norizan dan admin selaku jurufoto(tiada di dalam gambar)

Sunday, 1 November 2015

World Blitz Championship: Carlsen vs Guseinov

Cara Memanfaatkan youtube dalam bercatur.Ikuti blitz para GM yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit.dan belajar  ending yang menarik.Carlsen ,leading GM mempunyai kepakaran ending yang baik

Tuesday, 19 May 2015

SPARRING DENGAN PEMAIN MAKSAK

Info:
Sesiapa yang berkelapangan dijemput untuk sparring catur dengan player2 maksak 

Tarikh: Khamis 21 mei

Masa: 8 pagi -5 petang

Tempat :Rumah Maksak (Sebelah hotel seri malaysia)
Para otai catur beradu minda di Taman Tas

OPENING DIHAFAL SAHAJA?

OPENING merupakan perkara penting dalam catur,bahkan para GM  menghabiskan masa berjam-jam untuk studi opening,variasi dan pergerakan baru dipanggil novelty.Namun,di Malaysia kita dapati opening dipelajari begitu sahaja,dan apa yang dititikberatkan ialah middle dan endgame.Benar,"no ending to endgame" tetapi bagaimana kita dapat sampai ke ending tanpa advantage ataupun kita sekadar bagi buah equal,exchange Queen dan gamble di endgame dengan harapan lawan kita tidak pandai atau buat kesilapan?

IM JIMMY LIEW di dalam bukunya yang pertama "Chess Malaysia" mengatakan bahwa satu senario di Malaysia ialah mereka rasakan opening benda yang mudah,namun apabila bermain diperingkat yang lebih tinggi iaitu dengan negara lain,mereka sudah tumpas dari opening lagi.Walaupun buku itu ditulis tahun 80 an,namun ia masih relevan,Secara ringkasnya,kalau di Malaysia,memang lepas,tapi kalau wakil negara,tak lepas.National Master,FM,IM yang ada dinegara kita ini sudah tentu mempunyai pengetahuan opening yang bagus.

Namun,adakah ia sekadar di hafal dan dimuntahkan di papan catur?Hafal dan faham adalah cara terbaik,,kerana jika tidak,apabila lawan keluar dari apa yang kita hafal,kita tidak tahu bagaimana hendak memikirkan gerakan seterusnya.Setiap gerakan catur ada  logiknya..Contoh apabila gerak e4,kita mahu mengawal center kerana prinsip" siapa control tengah dia akan kawal permainanan".Apabila Hitam balas c5 contohnya,ia tidak ketinggalan mahu kawal tengah..perjuangan diteruskan Nf3 ,develop buah dan teruskan kawalan,Hitam terus melawan,kali ini dia memilih d6..

Jadi,pemahaman opening amat penting atau kita akan "walking into opponent's trap".Atau,tanpa kita sedari,pihak lawan akan hanya dapat sedikit advantage,tetapi dia hold advantage sehingga ke posisi menang walaupun buah sama.Oleh itu,faham dan dalami opening,gunakan logik,dan perlu pandai manipulasi lawan yang keluar dari opening untuk cari "advantage" dan gunakan sedikit demi sedikit untuk hold sehingga lawan tersiksa.Kalau tidak,lawan akan mampu bernafas kembali dan kita akan kepenatan kerana lepaskan advantage begitu sahaja.

Mungkin cara kita belum sampai kepada cara GM,tetapi sekurang-kurangnya,berfikir cara seorang NM!!

Oleh:Hanif Abas 19.5.15 rating national 1742

Monday, 18 May 2015

KEJOHANAN CATUR DI SANA SINI

  24 MEI

# OPEN
#REVOC CHESS GENIUS SEMPENA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA
#2 KATEGORI (TERBUKA DAN BAWAH 18 TAHUN)
# LAYARI www.revocchess.blogspot.com

30 MEI

#OPEN
#GMI OPEN CHESS TOURNAMENT DI GMI BANGI
#3 KATEGORI (TERBUKA / BAWAH 17 TAHUN/BAWAH 12 TAHUN)
#SILA LAYARI www.gmichess.blogspot.com

13 JUN

#TERBUKA UNTUK NOVIS
#KEJOHANAN CATUR PIALA STONEMASTER DI SHAH ALAM
#LAYARI www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com

14 JUN

#TERBUKA UNTUK AMATUR
#KEJOHANAN CATUR SABAK 2015 DI SUNGAI BESAR,SABAK BERNAM
#LAYARI www.catursabakbernam.blogspot.com

Sunday, 1 March 2015

KEPUTUSAN KEJOHANAN CATUR TERBUKA RENDAH DAN MENENGAH

Alhamdulillah, kejohanan catur terbuka peringkat rendah dan menengah yang berlangsung baru baru ini di kantin Al-Biruni,Pusat Asasi Uia,Gambang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Dengan kehadiran 77 peserta sekolah rendah dan 60 sekolah menengah sekitar Kuantan bahkan ada yang datang dari Pekan dan Kuala Lipis,ia telah berlangsung dengan penuh harmoni dengan kerjasama AJK PCDK, dan Ajk dari pelajar asasi Uia sendiri yang memastikan perancangan dan program berjalan lancar.

Untuk pengetahuan,Pusat Asasi Uia ini baru beroperasi pada tahun 2014,dan ia dijangka siap pada tahun 2016.Pihak Uia terutamanya Pengarah Asasi,Tuan Haji Azmi amat berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah dan menjalinkan kerjasama dengan pihak PCDK buat julung -julung kalinya dan diharap akan ada lagi kerjasama pada masa akan datang.

Setelah 7 pusingan yang berakhir kira -kira 5 petang di bawah kendalian FIDE Arbiter,NWM Khairunnisa dan En Adib selaku pengarah kejohanan, kategori sekolah rendah dimenangi oleh Adam Muslihin Hairudin dari SK Air Putih,manakala kategori sekolah menengah pula dimenangi oleh adik Muhd Asyraf Razman,dari SMK Ahmad,Pekan.Lihat keputusan kejohanan sekolah menengah di sini dan sekolah rendah di sini.

Tahniah kepada para pemenang,tingkatkan usaha dan kualiti dan PCDK insya Allah akan sentiasa teguh ke arah melahirkan pencatur berkualiti.

Gambar-gambar sekitar kejohanan:
Sesi penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Encik Taifunisyam,pensyarah selaku juga pengetua mahallah Al-Biruni.

Pembantu arbiter yang komited..

Pentas yang memang sedia ada di kantin ,memudahkan acara penyampaian hadiah

Pairing kejohanan...

Perlawanan hampir tamat...

Ajk berehat sebentar...

Menunggu keputusan dari pemain

Bersedia untuk bertarung...

Komiti yang dedikasi ..

Monday, 23 February 2015

MAKLUMAN TENTANG NCC DAN NATIONAL AGE GROUP(NAG)

PERHATIAN

TARIKH akhir pendaftaran national closed NCC pada 1 Mac.Kepada peserta,mohon berikan maklumat berikut:
 NAMA PENUH
NO KAD PENGENALAN
NO FIDE
RATING FIDE
NATIONAL RATING
NO TEL

UNTUK NAG,sila berikan maklumat berikut:
NAMA PENUH
NO KAD PENGENALAN
UMUR
NATIONAL RATING(JIKA ADA)
NO TEL

TERKINI:
Untuk  Ncc,pahang tiada wakil negeri..Jadi,penyertaan akan dibuat di luar daerah kuantan

Wednesday, 18 February 2015

Monday, 16 February 2015

KEJOHANAN CATUR DAERAH KUANTAN KATEGORI TERBUKA PELAJAR SEKOLAH

  Persatuan Catur Daerah Kuantan (PCDK) sebagai badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab di dalam pengembangan Sukan Catur di daerah Kuantan, menjemput pihak sekolah menengah dan sekolah rendah untuk menghantar wakil peserta bagi menyertai ‘Kejohanan Catur Daerah Kuantan’ kategori terbuka pelajar sekolah yang bakal diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh              :           28hb Februari 2015
Tempat            :           Matrik UIAM, Gambang.(CAFE ALBIRUNI)
Masa                :           8.30 pagi – 7.00 petang
Yuran penyertaan:       RM 20.00 seorang
Masa/bilangan pusingan permainan:   20 minit  / 7 pusingan

    Kejohanan ini juga adalah sebagai ‘platform’ latihan persediaan wakil sekolah bagi menyertai sukan catur peringkat majlis sukan sekolah daerah (MSSD), Kuantan yang bakal berlangsung pada bulan April nanti.
    Penyertaan terhad kepada 200 orang yang pertama. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26hb February 2015. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Adib bin Ali (016-4475477) dan Ust. Hanif (013-6284238).

  Kerjasama pihak sekolah membenarkan penyertaan dari pelajar sekolah sekitar daerah Kuantan amat dihargai.