Wednesday, 17 August 2016

PCP mengucapkan tahniah kepada adik Meor Airil Rahimi Ayib Rosdi atas kejayaan memenangi pingat di MSSM 2016 di Kelantan. Yang lain-lain tidak kurang hebatnya, mungkin beberapa player muda kita tidak bernasib baik kali ini. Kita teruskan dan tingkatkan lagi usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.


Pemain-pemain muda Pahang mempunyai bakat & potensi. Jika digilap, Tok Gajah akan menguasai petak 64. Maybe there is a lot more room for improvement for our young players. InshaAllah next year will be ours.



Saturday, 13 August 2016

Wednesday, 3 August 2016

Seminar dan Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2


Berkat usaha gigih yang dilakukan oleh Presiden dan semua AJK, PCP telah berjaya menganjurkan Seminar dan Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2 dengan jayanya. MCF yang diwakili oleh Encik Gregory Lau Telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam mengatur segala program bersama NM Mohd Kamal Abdullah.


Ucapan aluan oleh Puan Hamidah

Ucapan aluan oleh Presiden Catur Pahang sebagai mengalu-alukan kehadiran semua peserta. Presiden Berharap seminar kejurulatihan ini dapat membantu pembangunan catur di negeri Pahang.

Semenjak tertubuhnya  PCP ini, banyak aktiviti yang telah dilakukan sebagai pengerak ke arah kecemerlangan catur. Usaha keras yang dijalankan Puan Hamidah dan YM Tok Muda Tengku Dato' Haji Mohd Mustaffa telah berjaya membantu mendapatkan dana bagi pasukan catur MSSM Pahang ke Kejohanan Catur MSSM di Kelantan.

AJK PCP

NM Kamal Abdullah dan Encik Greg

Seminar dan Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2

Imbauan sekitar majlis seminar.
















































Seminar dan Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2

 Pembentangan daripada para peserta.